Friday, August 28, 2009

di mana kesudahannya H1N1 ni ???

sumber ni aku dpt dri sebuah forum

1) Bagaimana sebenarnya H1N1 merebak?
2) adakah setiap rakyat akan diberikan suntikan vaksin?
3) cukupkah kiranya memakai topeng perak(MASK) boleh mngelak jangkitan H1N1?
4) adakah jangkitan H1N1 hanya boleh menyebabkan individu tertentu sahaja sakit?

Jaw...

1-Merebak melalui udara dan cecair badan seperti bersin, batuk dan bercakap kuat.

2-Vaksin untuk H1N1 masih tiada. Kalau hanya simptom, KKM akan bagi ubat flu sahaja. Jika comfirm ada H1N1 akn dimasukkan ke wad dan barulah di beri vaksin anti viral. Anti viral hanya melambatkan penularan tetapi tidak menjamin tak kena. Orang awam tidak dibenarkan sama sekali mengambil suntikan antiviral. Sebab???...dalam dunia hanya ada 2 jenis antiviral. Jika semua orang ambil...automatik jika virus2 baru akan datang mutasi dan akan lali dari ativiral tersebut. jadi amat2 berbahaya jika ambil antiviral.

3- Jangkitan tidak mengenal golongan. Semua boleh dijangkiti. Cuma kekuatan antibodi badan sahaja yg mampu menghasilkan anti virus ini selepas 7 hari dari proses mulanya pengeraman. Cuma ada indvidu2 yg risiko kematian lebih tinggi seperti ibu mengandung, ibu baru bersalin (lemah lagi badannya), gemuk, darah tinggi, kecing manis, jantung,kanak2 bwh 5thn,org tua lebih 65thn. dll.

4-Topeng perak boleh membantu menghalangkan kita menyedut secara langsung cairan yg dilepaskan melalui batuk, besin dan bercakap kuat. Lebih baik buka tingkat dari duduk dalam tertutup.
Sementara tunggu soalan...aku bagi info.
Nak tahu anggaran yg dah terkena....jumlah yg telah dijangkit di darabkan dgn 10. So kalau sekarang 1300 maka dah ada 13 ribu penularan. Lepas tu kali dgn 10 lagi. Sebabnya WHO sendiri tak tahu status penyebaran dah sampai tahap mana. Malah KKM pun dulu mampu ambil 10 sample bagi setiap kes cluster tetapi sekarang hanya mmpu ambil 5 sahaja. Kenapa baru KKM nampak risau?. Sebabnya dari 0 kes bermula April 2009 sejak dikesan hingga kes yg ke seribu, tiada kematian. Maknanya penularan belum meluas. Bila rank antara 100-300 kes berlaku kematian sehingga 8 orang secara rasminya, maka ini menunjukkan kes ini telah tersebar luas. Banduan dalam penjara Jelebu pun kena dan orang asli di hutan Kuala Pilah pun dah kena…

so bayangknlah virus wabak infuenza ini di bahagi kepada 3:

1. Seasonal Influenza... .ini virus antara manusia ke manusia. Beberapa dekad ( 10 tahun satu dekat) ianya akan berulang. Ini virus senang cakap...datang dari manusia sendiri.

2. Avian Influenza ..disebabkan alam semula jadi..menjangkiti haiwan seperti burung. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

3. Swine Ifluenza.... disebabkan alam semuladi seperti virus yg terdapat dari binatang itu sendiri seperti barbi. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

4. Pendemic Influenza... ianya sebenarnya gabungan dari ketiga2 di atas. Ia virus baru yg mutasi. Tak dapat dari babi secara direct..ianya berubah jadi virus baru..ataumacam di beritakan sebelum ni, hanya 0.1% atau 0.5% saja 'peluang' untuk manusia biasa MATI akibat h1n1. manusia biasa ini merujuk pada manusia yang tiada komplikasi lain. iaitu sihat tanpa penyakit2 kronik lain. kalau dilihat 7-8 kematian di malaysia, 80-90 % daripada simati ada sakit lain. pnemunia dan beberapa yg lain. si ibu baru tu, mati setelah 1 -2 minggu lahirkan anak. disini kita dapat kesan satu tread yang common. kalau tengok semua yang mati, kita dapat simpulkan bahawa antibodi lemah.
Berapa lama virus ni boleh bertahan kat open air yer? Katakan seorang pengusaha makanan dah terkena jangkitan ni, lepas tu dia sediakan makanan siap bersin kerrchieeeeuuu lagi kat makanan tu. So, boleh ke aku dapat virus ni jika memakan makanan tu?Ikut yg telinga aku dengar, virus nie hanya hidup dlm beberapa minit jea di ruang udara persekitaran dgn syarat dia tak dapat cairan badan manusia. Ia tak boleh merebak melalui makanan tetapi jika hingus dia bersin masuk dlm makanan dan kita telan..kemungkinan besar boleh kena. Aku tanya soalan dlm majlis tu....ramai yg ambil air sembahyag dalam kolah/bekas air yg besar di masjid2. Adakah virus tersebut boleh dipindahkan ke dalam air dan hinggap ke anggota orang yg abil air smbahyang. Jawapannya aku nampak mcm tak berapa yakin dia jawab tetapi mulutnya berkata air klorin dalam kolah masjid akan membunuh virus tu. Kesimpulan aku...bercakap, bersin dan batuk adalah cara paling mudah tersebarnya. Jadi biasakan berbual dgn kawan2 dalam jarak 1 meter.ambik mudah sangat...... bangga betul la bila buat saringan awal di airport..... .pintu2 masuk darat yg lain ntah camana...... takziah
babi bknlhah pnyebab utama!!!!..

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain..
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. bersabda, "
SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Wednesday, August 26, 2009

wanita & unsur2 nyer....

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri __________________

sejarah 5 jari kita:))

Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.

Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:1.

Jari kelingking yang kecil dan kerdil.Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlahdaripada rebungnya'
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan

.2. Jari ke-2 iaitu jari manis.Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Bersediakah anda??3.

Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kayadengan idea bernas dan minda yang hebat.5.

Akhir sekali, renung ibu jari.Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.SubhanAllah…..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam
TIPS PENTING UNTUK KESIHATAN

Jawab talipon dengan menggunakan telinga KIRI
Minum kopi SEKALI sahaja sehari
Jangan makan ubat dengan air AIS
Jangan makan BANYAK selepas jam 5 petang
Kurangkan MINYAK dalam makanan
Minum banyak AIR di waktu pagi dan kurang di waktu malam

Jauhkan diri dari CHARGER handphone
Jangan guna headphones/earphone TERLALU LAMA
Waktu terbaik untuk TIDUR adalah antara pukul 10 malam dan 6 pagi
Jangan terus BERBARING sebaik sahaja makan ubat.
Apabila bateri handphone tinggal bar yang terakhir, JANGAN gunakan handphone kerana keaktifan radioaktif adalah 1000 kali ganda

Tuesday, August 25, 2009

MIMPI SEORANG GADIS - MESTI BACA!

Untuk Renungan Bersama.BismillahirrahmanirrahimRakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Sunday, August 23, 2009

abg aku bercerita tentang cinta..hahaha...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadiMANUSIA YG HEBAT JIWANYA.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebihfham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..