Thursday, September 10, 2009

keadaan manusia dpdg mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancurbinasa Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkanangin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahklukyang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telahreput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh!Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yangmenjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihatlangit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapatibertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihatbintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan denganpadatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyaladiatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka.Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulahmereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allahjanjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yangtelah Allah sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanyakami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan olehAllah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan olehRasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)

kejadian tika perang ghaza

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satupertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia .. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yaNg menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Monday, September 7, 2009

sayangi lah!! `` :p heee

1. Sayangi dia dgn hati, bkn dgn perasaan. Jika anda meletakkan sstu perhubungan berdasarkan perasaan,­ ianya akn gagal krn perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia trdpt hampir 6 billion manusia dgn 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jgn sesekali terfikir ntok mengubah apa2 tentang dia krn sekali anda mengubah, selamanya anda akn terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat pdanya krn dia adlah dia. Maka, tiada alasan ntk anda mengubah dia ntok mnjadi sseorang yg lain

.3. Sayangi dia sepenuh hati.Sesungguhnya dia telah bnyk bkorban ntok anda. Dngn klebihan yg ada pdnya, dia brpeluang ntk mnjalin hubngan dngn seseorg yg lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah mmilih diri anda. Maka, jgn ssekali cuba ntk mpermain-mainkan ke­luhuran cintanya.

4. Hormati pendirian & kputusan dia. Jgn anda merayu & jgn mncipta alasan supaya dia menerima cinta anda krn kelak, yg anda akn dpt darinya hanyalah cinta simpati & bkannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akn keistimewaan dia. Dia adalah satu2nya ddunia ini & jgn menghrpkn kesempurnaan dari dia krn dia telahpun cukup sempurna sejak anda mula terpikat pdnya.

6. Percaya akn dirinya. Sentiasa bersangka baik pdnya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akn sentiasa meletakkan diri anda di tmpatnya sebelum melakukan apa2 pun. Jika anda sendiri tak dpt menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jgn berjanji menyayangi dia ntk selama-lamanya krn selama-lamanya bagi anda mungkin akn berakhir pd esok atau lusa, tapi berjanjilah ntuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adlah hari yang terakhir ntuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya ntuk dilukai tapi kepercayaan itu penting.Percayalah kpdanya, nescaya dia akn melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jngn sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukn hanya akn setakat menangis kecewa & kemudiannya meneruskan hidup sprti biasa, ketahuilah bhwa jiwanya akn mati sec perlahan.

10. Jngn cepat berbangga dgn diri anda, memenangi hatinya buknlah satu kejayaan yg mutlak tetapi anugerahitu hnya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adlah krn dia percaya bhwa anda adlah seorang yg jujur dan akn menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya ntuk memenangi cintanya, maka dgn itu haruslah juga anda berusaha ntuk terus menyintai dirinya dngn apa jua keadaan sekalipun

now just behave n beware tau blogger!!

Saturday, September 5, 2009

mesej palsu tntang kiamat pd 2012..

wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik…
hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal akan keluar apabila Masjidil Aqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.

Wednesday, September 2, 2009

hikmah air sembahyang

AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'. Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'. Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'. Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'. Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Dalil utk kita berwudhu': "Wahai orang-orang yg beriman, apabila kamu akan mendirikan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah)kaki- kaki kamu sehingga ke dua mata kaki" (Al Maaidah, ayat 6)


Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’(Riwayat Tirmizi)